
Rancangan Perniagaan ini di majukan adalah bertujuan untuk memohon bantuan pembiayaan dari pihak MARA bagi pembelian mesin pengeluaran snek ‘Prawn Fingers’ berskala besar dan pembiayaan modal operasi.
Perjanjian sewa telah dibuat dengan pemilik kedai dan pihak syarikat bersetuju untuk masuk ke premis baru pada 1 Mac 2008. Sebelum ini syarikat beroperasi di Jalan Air Madu, Setapak Kuala Lumpur. Salinan perjanjian sewa dilampirkan di bahagian lampiran.
Kos projek adalah berjumlah RM 167,000. Ia meliputi kos pembelian mesin sebanyak RM 81,500, dan modal operasi sebanyak RM 68,500. Pengusaha telah pun mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM 17,000 untuk kos pra-operasi projek. Pembiayaan sebanyak RM 150,000 diperlukan dari pihak MARA untuk merealisasikan projek ini.
Mesin memproses ‘Prawn Fingers’ tersebut meliputi dari awal proses iaitu dari proses bancuhan tepung sehinggalah ke proses pembungkusan. Ianya akan mengeluarkan barang siap dengan purata pengeluaran sebanyak 1 tan sehari.
Pembelian mesin ini amat perlu untuk mencapai pengeluaran yang efektif. Sasaran pengeluaran adalah sebanyak 1 tan sehari. Pengusaha hanya dapat mengeluarkan produk 100 kg sehari jika menggunakan proses manual biasa. Sekiranya mesin ini digunakan, purata pengeluaran 100 kg sejam dapat dihasilkan.
Permintaan untuk produk ‘Prawn Fingers’ ini amatlah tinggi sehinggakan Snek Ria Food Industries tidak dapat memenuhi permintaan memandangkan proses pengeluaran sedia ada di jalankan secara manual.
Download
Rancangan_Perniagaan_Pengeluaran_Makanan_Ringan
Tempah
Kertas Kerja Format Word Dan Excell