
Shuhaimi Latif, 42, Mohamad Khairuddin Abdullah @ Md Ali, 34, dan Solehuddin Ibrahim, 34, mengambil keputusan menjalankan projek tanaman cili di kampung Hujung Bandar,Sik di atas tanah seluas dua hektar yang terbiar sejak 12 tahun lalu. Biarpun terpaksa menyewa dengan petani lain, projek tanaman cili yang diusahakan oleh ketiga sahabat itu telah berjaya membuahkan hasil dan mampu membuka mata penduduk yang lain. Shuhaimi yang bertindak sebagai ketua projek tanaman cili memberitahu tanaman cili jenis “kulai” yang diusahakan telah memberi pendapatan yang lumayan kepada mereka. “Ketika ini sebanyak 9000 pokok cili ditanam dan berbuah lebat yang menghasilkan kira-kira empat kilogram setiap pokok,” katanya. Menurutnya, keputusan menanam cili kulai kerana cili tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri seperti daya tahan, masa berbuah lebih panjang dan cepat matang. Katanya, sistem pengairan secara rintis melalui setiap batang pokok memlalui paip kecil yang disalurkan membolehkan pokok cili mengeluarkan hasil banyak dan bermutu tinggi.
Menariknya teknologi fertigasi ini menggunakan kaedah penanaman di dalam polybag khas yang memudahkan sistem pembajaan dan pengairan secara lebih berkesan. Rakannya, Mohammad Khairuddin memberitahu teknologi ini memudahkan petani mengawal pembesaran pokok serta pembajaan secara lebih berkesan kerana baja yang digunakan ialah sabut dan sekam padi. Menurutnya, teknik ini boleh menghalang pokok dari serangan ulat atau rumput liar yang menyebabkan kualiti buah menurun. Bagi Solehuddin pula, projek ini telahmemberikan pendapatan lumayan kepada mereka kerana tanaman melalui keadah ini membolahkan hasil dikutip sekurang-kurangnya sehingga tiga kali bagi setiap pokok.
utusan malaysia, 27 mei 2005.
Usaha pertanian ini jika dibuat dengan sungguh hati memang boleh berjaya. Apapun apabila melibatkan pertanian volume pengeluaran yang besar perlu ditarget bagi mencapai keuntungan maksimum.
Segala maklumat tentang cara-cara penanaman, penjagaan, risiko penyakit dan rancangan perniagaan lengkap boleh didapati di sini.






