Dec 25

Masalah musuh ternakan

Musuh ternakan seperti biawak, ular dan juga burung pemangsa dapat diatasi dengan cara memasang pagar. Tetapi untuk permulaan , untuk menjimatkan kos operasi, pihak kami akan menutup setiap kolam dengan jaring nylon.

Masalah kos Makanan

Melalui perjumpaan saya dengan beberapa penternak sedia ada pada masa kini, makanan adalah salah satu perkara yang perlu diambil kira dalam dalam menternak ikan keli. Ini berikutan kos makan adalah tinggi dalam memastikan tumbesaran ikan keli mengikut penjadualan. Dengan itu, beberapa langkah alternatif dalam memberi makanan ikan keli harus diambil tindakan seperti makan campuran yang terdiri daripada bahan-bahan semula jadi sedia ada seperti campuran kacang soya, daun ubi, daun kelapa sawit, dedak padi dan ikan. Di samping dapat menjimatkan kos dari segi pemakanan, ia tetap menjadikan ikan keli tersebut berada dalam keadaan tumbesaran semulajadi yang mempunyai protein yang tinggi atau dinamakan Keli Agro.

Masalah Air

Air juga harus diambil perhatian, dimana untuk jangka masa yang panjang setelah mendapat nasihat daripada jabatan perikanan, perancangan untuk menyediakan satu kolam takungan perlu diambilkira untuk memastikan air adalah mencukupi untuk proses penukaran atau penambahan air untuk kolam ternakan sedia ada. Selain mengharapkan air mata air dan air hujan untuk kolam takungan, sistem booring juga terlebih dahulu disediakan dimana ianya akan mengepam air dari kawasan tali air sawah yang berkaitan untuk memastikan bekalan air sentiasa mencukupi.

Gangguan manusia dan kemungkinan kecurian akan diatasi dengan cara kawalan sepenuh masa melalui tenaga pekerja. Kalau yang ini kami selalu panggil lembaga kepala hitam. Memang menyusahkan!!!

Entri berkaitan

Dapatkan Panduan Menternak Ikan Keli di Sini.

Rancangan Perniagaan Projek Ternakan Ikan Keli Dan Talapia

Tempah

Kertas Kerja Format Word Dan Excell

Dec 20

Saya baru mendapat berita daripada kawan saya, Safuan, seorang peladang gigih kerugian ribuan ringgit pada bulan yang lepas. Ini terjadi berikutan musim hujan yang lalu dimana, ladangnya dilanda banjir dan sebanyak 3 ribu pokok cili telah musnah.

Walaupun setiap pokok cilinya dialas dengan 2 tingkat batu-bata, ternyata tidak dapat melawan kuasa alam yang mengganas. Ini lah risiko-risiko yang terpaksa dihadapi, dan ternyata ini yang membuatkan usahawan-usahawan lain takut untuk terjun ke bidang pertanian.

Safuan ni kawan baik saya masa disekolah, dari bidang construction terjun ke bidang pertanian bukan suatu keputusan yang mudah. Ladangnya terletak di Terachi, Negeri Sembilan. Pada awalnya mula menternak lembu, tetapi sangkut di tengah jalan. Sekarang mengusahakan cili fertigasi dan jagung hibrid F1. Saya akan bercerita dengan lebih lanjut mengenai JanaCash Dengan Tanaman Jagung dalam post yang akan datang.

Saya memandang ini sebagai pemangkin untuk lebih menggiatkan lagi usaha perladangan, dan bukannya pematah semangat untuk meneruskan usaha-usaha perladangan beliau.

Entri berkaitan.

Janacash Dengan Cili Fertigasi

Dec 18

Gaharu adalah sejenis kayu dengan berbagai bentuk dan warna yang khas, memiliki kandungan damar wangi, berasal dari pohon atau bagian pohon penghasil gaharu, sebagai akibat dari proses infeksi yang terjadi secara alami atau buatan pada pohon Aguilaria sp (Thymelaeaceae).

Gaharu merupakan produk eksport. Tujuan ekspor adalah negara-negara di Uni Emirat Arab, Arab Saudi, Singapore, Taiwan, Jepun.

Dalam satu ekar tanaman pokok ini boleh ditanam sebanyak 1000 pokok. Dikatakan jumlah yang boleh dijana untuk sebatang pokok gaharu ini ialah RM 1,000. Dan apabila cukup matang selama 7 tahun, anda boleh menjana sehingga RM 1 juta untuk tanaman satu ekar tersebut.

BannerFans.com

Indah bukan, diatas kertas memang nampak lumayan. Tapi kita sebagai usahawan perlu mengambil kira faktor-faktor lain yang boleh menjejaskan tanaman ini seperti penyakit dan sebagainya. Lagipun dalam tempoh 7 tahun itu macam-macam boleh berlaku.

Rakan saya ada menjalankan projek penanaman gaharu ini. Tapi saya tidak ingat di mana. Kalau berkesempatan saya akan rujuk balik dengan beliau mengenai status projeknya sekarang.

Apapun, untuk mengetahui lebih lanjut tentang pokok gaharu ini anda boleh lawat laman web ini.

Dec 15

Serai mudah ditanam di mana-mana jenis tanah kecuali kawasan berair atau berpaya. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batang serai dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat.

Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60?100 cm dan lebar 1.0?1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.

Untuk info-info lanjut dan antara syarikat yang menjalankan contract farming untuk tanaman serai, anda boleh rujuk di bawah:

Peluang Contract Farming Tanaman Serai

Panduan Tanaman Serai Secara Komersial

Dec 11

Berita Harian, 5 Dis 2007

Komponen penting dalam hasilkan produk kecantikan, kesihatan dan perubatan

SEBELUM ini, lintah sering diberi pandangan negatif ekoran tabiatnya yang menghisap darah sehingga wujud peribahasa ‘lintah darat’ bagi menggambarkan orang yang tidak berhati perut dan sering menindas orang lain.

Kini, persepsi terhadap lintah semakin berubah yang mana haiwan itu tidak lagi `digeruni’ malah dicari di merata tempat dan diternak kerana mampu memberikan pulangan lumayan kepada pengusahanya.

Ia berikutan kajian menunjukkan haiwan itu boleh menjadi komponen penting dalam menghasilkan produk kecantikan, penjagaan kesihatan dan perubatan sekali gus memastikan lintah mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Menyedari faktor itu, Roziana Abu Hassan, 34, bersama suami, Mohd Jantan Abu Hassan, 36, dan ibunya, Rahidah Wahid, 50, sanggup mengeluarkan modal permulaan sebanyak RM30,000 untuk mengusahakan ternakan lintah.

Mereka memulakan usaha itu kira-kira lima bulan lalu dengan membina enam kolam dengan setiap satunya berukuran 18 meter x 6 meter di Kampung Telok Mas, Selama, Perak.

Roziana berkata, beliau mengetahui mengenai potensi lintah untuk menjana pendapatan selepas terbaca di dalam akhbar mengenai kursus ternakan haiwan itu yang dianjurkan Art Soulist Sdn Bhd iaitu syarikat pengeluar dan pengedar produk berasaskan kecantikan dan kesihatan.

Saya agak ragu-ragu tentang ternakan lintah ini. Apa akan jadi jika sekiranya harga pasaran merudum? Apa nak dibuat dengan lintah-lintah tu nanti, kalau tidak dijual kos makan akan meningkat… Kalau benda boleh dimakan tidak risau sangat seperti keli or ternakan lain. At least kalau tak boleh di jual ianya boleh di makan sendiri.

Nak makan lintah? haish…

Apa pun untuk info tentang ternakan lintah anda boleh lihat di bawah.

Panduan Ternakan Lintah

« Previous Entries