Jan 29

 

KURSUS PEMBUATAN PERALATAN ATAU BARANGAN BERASASKAN FIBERGLASS 

1. PENGENALAN 
Kursus ini merangkumi pelbagai aspek perancangan dan pengurusan kerja-kerja Pembuatan Barangan Mengunakan Fiberglass.. Modul kursus akan melibatkan kuliah kerja amali (hands-on-experience) serta demontrasi yang akan dikendalikan oleh pengusaha tempatan yang berpengalaman. Praktikal untuk program ini adalah dilakukan di kilang yang sebenar. 

2. OBJEKTIF KURSUS 
Objektif kursus Pembuatan Barangan Mengunakan Fiberglass adalah seperti berikut : 
(a) Mendedahkan kepada proses perancangan, pelaksanaan serta pengurusan kerja-kerja 
(b) Pembuatan Barangan Berasaskan Pengunakan Fiberglass 
(c) Mendedahkan tentang teknik-teknik Pembuatan Barangan Mengunakan Fiberglass 

3. SILIBUS KURSUS 
Teori 
i) Pengenalan asas Fiberglass 
ii) Asas bahan medium pembuatan 
iii) Pengurusan bahan utama dan amalan tapak projek. 
iv) Teknik pemilihan barangan dan peralatan 
v) Latihan pengenalan 

(a)Bekas 3’ x 2’ x 8” ( Untuk Pembenihan Ikan , Membela Cacing dll) 

Praktikal 
i) Penyelenggaraan / Membaikpulih barangan dari Fiberglass 
Ii)Pembuatan Barangan 
a) Tangki Fiber 4’ x 8’ x 3’ ( membela Ikan Air Tawar, Lintah, Ketam dll ) 
b) Pasu Bunga 
c) Membuat Penutup 
d) Landskap ( Air Terjun ) 
e) Asas Barangan Yang Lain. 

4. KESAN KEPADA PESERTA 

Peserta yang mengikuti kursus ini akan terdedah kepada peluang-peluang yang pelbagai didalam industri Pembuatan Fiberglass dan akan terdorong untuk menceburi bidang ini mengikut minat yang timbul berdasarkan potensi dan pengalaman pembelajaran melalui kuliah, gerak kerja berkumpulan,lawatan dan latihan praktikal 

TEMPAT TEORI :-D ewan Jubli Perak 
Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah 
40000, Shah Alam, Selangor. 
27 / 12 / 2008(Sabtu) 
10.00 pagi – 5.00 petang 

TEMPAT PRAKTIKAL :-Kilang Sebenar di Pulau Indah 
( berhampiran Terminal Star Cruise ) 
28 / 12 / 2008 ( Ahad ) 
10.00 pagi – 5.00 petang 

HUBUNGI :-016 – 693 5189 ( nazli ) 
013 – 630 5601 ( wani ) 
016 – 758 3974 ( faiz ) 

BAYARAN KURSUS :- RM 350.00 
( termasuk makan minum dan sijil kursus ) 

Diuruskan oleh Safaworld Resources 
Akaun Bank Islam ( 1203 8010 0827 74 )

Jan 29

Sesiapa yang berminat untuk mempelajari bagaimana
untuk menghasilkan kompos dengan menggunakan cacing 
bolehlah menghadiri kursus percuma yang di anjurkan 
oleh Jabatan Pertanian.

Aturcara kursus seperti berikut:

10.00 pagi – 12.00 tengahari: Kursus Vermikompos 

1.00 petang – 2.00 petang :Berkongsi Rahsia Kejayaan 
oleh Pengusaha Vermikompos

Tempat:
Rumah Johor, Taman Pameran Pertanian Malaysia,
Serdang, Selangor (MAEPS)- tapak pameran MAHA, Serdang.

Datang terus ke sana untuk pendaftaran.

Selamat berkursus.

Jan 6

Saya sempat merakam beberapa klip video semasa berkunjung ke sebuah Syarikat ternakan ikan keli di utara Selangor. Semoga paparan video pertama kali di JanaCash.com ini mendapat manfaat kepada anda semua.

Entri Berkaitan

BannerFans.com

Dapatkan Panduan Menternak Ikan Keli di Sini. Tempah Kertas Kerja Format Word Dan Excell di Sini

Masalah-masalah berkaitan Ternakan Ikan Keli
Rancangan Perniagaan Projek Ternakan Ikan Keli Dan Ikan Talapia

Jan 1

Perniagaan Dobi merupakan salah satu sumber pendapatan yang boleh dijana pada setiap hari. Lokasi merupakan antara faktor yang penting untuk menjamin bisnes anda bernafas lama. 

Bagi perniagaan dobi lokasi penempatan yang majoritinya melayu merupakan lubuk emas bagi perniagaan dobi. Ini kerana ramai penduduk melayu terutama wanita, menghantar baju-baju mereka untuk cucian kering. Saya nak beritahu disini perkhidmatan cucian kering adalah anchor bagi sesebuah perniagaan dobi. Ini kerana marginnya yang agak tinggi.

Jadi bagaimana anda boleh memulakan perniagaan ini. Rata-rata perkara utama yang timbul di kepala adalah modal permulaan. Ya, modal untuk memulakan bisnes dobi ini agak tinggi. Bahkan untuk membeli mesin dry cleaning sahaja sudah mencecah RM 125,000. Perlu berfikir 8 kali untuk meleburkan duit sebanyak itu.

Tapi sebenarnya mesin tadi khusus untuk kerja-kerja industrial. Anda boleh memulakan bisnes dobi yang lengkap dari serendah-rendah modal RM 10,000 hingga RM 50,000. Semuanya bergantung kepada mesin yang anda beli. Perlu diingat, harga mesin yang murah tidak menjamin keberuntungan yang berpanjangan. Mungkin mesin murah tersebut akan menyedut duit elektrik anda yang banyak disamping tidak efektif untuk penggunaan yang ‘heavy’.

Apapun anda boleh download checklist kos untuk memulakan perniagaan dobi dibawah. Mungkin anda akan mempunyai banyak idea setelah mengkaji checklist tersebut.

Checklist Kos Untuk Memulakan Perniagaan Dobi