Feb 13

Sesiapa yang berminat untuk mempelajari bagaimana
untuk menghasilkan sendiri bunga tekap bolehlah
menghadiri kursus asas percuma yang di anjurkan
oleh Jabatan Pertanian.

Aturcara kursus seperti berikut:

Kursus Tekap Bunga :( 10.30 pagi – 11.30 pagi)

Kursus Sistem Pengairan/Kursus Asas Fertigasi :
( dijangkakan selepas tamat kursus di atas )

Tarikh : 14 Februari  2009 ( Sabtu )

Tempat:
Rumah Johor, Taman Pameran Pertanian Malaysia,
Serdang, Selangor (MAEPS)- tapak pameran MAHA, Serdang.

Datang terus ke sana untuk pendaftaran.

Pertanyaan Sila Hubungi: En. Adli (012-3857886) /
                        Puan Wina (012-3535083)

Feb 5

Di Malaysia tembikai banyak ditanam di negeri-negeri di pantai timur. Ia di tanam untuk kegunaan domestik dan eksport. Dalam tahun 2000, Malaysia mengeksport tembikai yang bernilai sebanyak RM60 juta. Empat pasaran eksport utama tembikai Malaysia ialah Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Brunei. Malaysia menduduki tangga ke 12 antara pengeluar tembikai dunia dan mempunyai 3.1% pasaran saham dunia.

Tembikai bagi saya amat senang untuk dipasarkan. Mengikut pengalaman saya membekalkan buah-buahan di salah sebuah hotel di ibunegara, tembikai seringkali mendapat pesanan daripada hotel tersebut. Setiap kali ada function tembikai mesti hidangan wajib yang disediakan. 

Dibawah adalah maklumat tentang teknologi penanaman tembikai dari jabatan pertanian. Segala maklumat penanaman, sistem pengairan dan semua yang berkaitan ada diberitahu di dalamnya. 

Download Sekarang

Pakej Teknologi Tembikai