Feb 24

Source Utusan Online

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini melahirkan rasa malu apabila isu kesukaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat pembiayaan masih lagi tidak selesai.

Katanya, beliau akan berjumpa secara peribadi dengan pengurusan tertinggi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk berbincang mengenai isu tersebut.

“Saya akan membawa isu ini (pembiayaan) untuk dibincangkan supaya dapat memahami situasi sebenar, mengenal pasti kenapa masalah itu masih wujud dan mencari penyelesaian bagi mengurangkan masalah ini.

“Kami tahu banyak usaha telah dilakukan sejak beberapa tahun ini dalam mendapatkan pembiayaan tetapi ia masih merupakan isu yang sentiasa dipersoalkan sehingga ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Dialog dan Seminar Pelaburan Domestik Kebangsaan anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan SME Corporation, di sini hari ini.

Mustapa berkata, kegagalan mendapat pembiayaan daripada SME Bank pernah diutarakan dan seharusnya ditangani secara serius supaya tidak menjejaskan usaha kerajaan untuk merangsangkan pelaburan domestik.

“Saya berasa agak malu dengan isu ini, kerana di mana saya pergi, saya selalu menerima masalah yang sama. Ia juga diutarakan ketika mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri minggu lalu,” katanya.

Beliau menyatakan demikian mengulas ketika ditanya mengapa proses kelulusan pembiayaan yang lama dan kekurangan pekerja mahir dalam SME Bank untuk menilai semula permohonan pembiayaan.

Sementara itu, Mustapa berkata, perbincangan khas dengan BNM juga akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi menangani masalah pembiayaan, yang dihadapi PKS.

Menurut beliau, kementeriannya dan BNM selalu membuat perbincangan tetap berhubung punca masalah yang dihadapi PKS.
~~~~~~~~~
Ok, bagi PKS yang bermasalah untuk apply loan Call Saya Zamer 012 6939868. Kita tengok setakat mana saya boleh bantu anda. InysaAllah…

Jan 19

Rancangan Perniagaan ini disediakan untuk mendapatkan pembiayaan kewangan daripada AGROBANK bagi mengembangkan perniagaan waffled di bawah syarikat saya Waffle Enterprise di Meru, Klang, Selangor Darul Ehsan.

Pada masa ini syarikat telah pun menjalankan aktiviti perniagaan seperti menjual waffle di pasar-pasar malam di sekitar Klang.

Setelah hampir empat tahun terlibat didalam industri makanan ringan ini, jualan kepada pelanggan semakin hari semakin meningkat. Selaras dengan perkembangan ini, saya mengambil keputusan untuk membuka lebih banyak gerai waffle. Syarikat bercadang untuk membuka 5 buah gerai serentak setiap hari di pasar-pasar malam di sekitar Klang dan Shah Alam.

Kos keseluruhan untuk menambah bilangan gerai ini adalah RM 31,150.00. RM 11,150.00 adalah daripada modal sendiri. Manakala kos pembelian kelengkapan memasak waffle ialah RM 20,000.00.

Pembelian kelengkapan memasak ini amat perlu untuk mencapai matlamat syarikat iaitu untuk membuka 5 gerai serentak. Sasaran jualan adalah untuk mencapai jualam RM 1,000.00 sehari dari kelima-lima tapak pasar malam tersebut. Pada masa kini Syarikat hanya mendapat jualan purata RM 200.00 sehari di satu tapak pasar malam sahaja.

Saya berharap dengan bantuan AGROBANK ini akan dapat merealisasikan rancangan perniagaan saya dan seterusnya dapat mengembangkan potensinya bagi memajukan dan meningkatkan lagi ekonomi Bumiputera dalam bidang industri makanan ringan khasnya.

Quotes diatas adalah sebahagian isi kandungan Kertas Kerja Peniagaan Waffle. Ingin mendapatkan kertas kerja ini sila klik sini.
Photobucket
Antara Isi Kandungan Kertas Kerja Seperti di bawah:

1. Ringkasan Eksekutif

2. Pendahuluan

-Tujuan Penyediaan Rancangan Perniagaan

– Cadangan Struktur pembiayaan

3. LatarBelakang Pemohon

4.Profil Projek

– Laporan kemajuan perniagaan

– Projek Dicadangkan

5. Aspek Pentadbiran dan Pengurusan

– Aktiviti Operasi Perniagaan

6. Aspek Pemasaran

7. Aspek Kewangan

Dapatkan di sini.


Oct 25

Rancangan Perniagaan ini di majukan adalah bertujuan untuk memohon bantuan pembiayaan dari pihak MARA bagi pembelian mesin pengeluaran snek ‘Prawn Fingers’ berskala besar dan pembiayaan modal operasi.

Perjanjian sewa telah dibuat dengan pemilik kedai dan pihak syarikat bersetuju untuk masuk ke premis baru pada 1 Mac 2008. Sebelum ini syarikat beroperasi di Jalan Air Madu, Setapak Kuala Lumpur. Salinan perjanjian sewa dilampirkan di bahagian lampiran.

Kos projek adalah berjumlah RM 167,000. Ia meliputi kos pembelian mesin sebanyak RM 81,500, dan modal operasi sebanyak RM 68,500. Pengusaha telah pun mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM 17,000 untuk kos pra-operasi projek. Pembiayaan sebanyak RM 150,000 diperlukan dari pihak MARA untuk merealisasikan projek ini.

Mesin memproses ‘Prawn Fingers’ tersebut meliputi dari awal proses iaitu dari proses bancuhan tepung sehinggalah ke proses pembungkusan. Ianya akan mengeluarkan barang siap dengan purata pengeluaran sebanyak 1 tan sehari.

Pembelian mesin ini amat perlu untuk mencapai pengeluaran yang efektif. Sasaran pengeluaran adalah sebanyak 1 tan sehari. Pengusaha hanya dapat mengeluarkan produk 100 kg sehari jika menggunakan proses manual biasa. Sekiranya mesin ini digunakan, purata pengeluaran 100 kg sejam dapat dihasilkan.

BannerFans.com

Permintaan untuk produk ‘Prawn Fingers’ ini amatlah tinggi sehinggakan Snek Ria Food Industries tidak dapat memenuhi permintaan memandangkan proses pengeluaran sedia ada di jalankan secara manual.

Download

Rancangan_Perniagaan_Pengeluaran_Makanan_Ringan

Tempah

Kertas Kerja Format Word Dan Excell

Oct 10

Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak RM 142,350 daripada Baitulmal bagi menampung kos pembelian mesin-mesin dan modal operasi syarikat.

Kos pembiayaan adalah berjumlah RM 142,350. Ia meliputi kos pembelian mesin sebanyak RM 82,350, dan modal operasi sebanyak RM 60,000.

Pembelian mesin-mesin ini amat perlu untuk mencapai sasaran jualan yang baik. Sasaran jualan adalah sebanyak RM 60,000 sebulan. Pihak syarikat hanya dapat memenuhi permintaan pelanggan mengikut spesifikasi yang telah sedia ada di kedai. Ianya amat terhad. Sekiranya mesin-mesin ini digunakan, purata penjualan RM 60,000 sebulan dapat dihasilkan.

Permintaan untuk perkhidmatan percetakan ini amatlah tinggi sehinggakan pihak syarikat tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan memandangkan mesin percetakan sedia ada tidak memenuhi kriteria dan kapasiti yang dikehendaki pelanggan.

Download sekarang di bawah, untuk naskhah lengkap.

Rancangan_Perniagaan_Percetakan

Tempah

Kertas Kerja Format Word Dan Excell

Oct 4

Apa itu Rancangan Perniagaan                                               

  1. Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.
  2. Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.

 

Kegunaan  

    Rancangan Perniagaan disediakan oleh bakal usahawan dan perniagaan yang sediada 

    untuk tujuan-tujuan tertentu seperti berikut :

  1. Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
  2. Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
  3. Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
  4. Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
  5. Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.

 

Pengumpulan Maklumat Penyediaan 

  1. Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan                             
  2. Statistik
  3. Data ekonomi
  4. Data perdagangan
  5. Penyelidikan pasaran

 

 

Download sekarang di bawah, untuk rujukan anda.

Outline_Rancangan_Perniagaan