Jom JanaCash

SSM serbu dua syarikat skim pelaburan haram
Source Bharian Online

KUALA LUMPUR: Dua syarikat yang disyaki menawarkan skim kepentingan yang tidak didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada orang ramai, diserbu SSM di sini semalam.

SSM, dalam kenyataan hari ini, berkata melalui siasatan yang dilakukan, syarikat berkenaan iaitu Hadhari Cattle Industry Sdn Bhd dan Hadhari Agro Holding Sdn Bhd dipercayai mempengaruhi orang awam untuk melabur di dalam satu skim yang dikenali sebagai “Projek Pembangunan Usahawan”.

“Menurut aduan yang diterima SSM, pelabur yang telah melabur dalam skim tersebut tidak menerima pulangan yang dijanjikan oleh pihak pengurusan syarikat.

“Ia juga mungkin satu kesalahan di bawah Seksyen 366 (3) Akta Syarikat 1965 yang melarang sesiapa yang juga pegawai atau agen syarikat yang memperolehi apa-apa wang sama ada untuk syarikat, diri sendiri atau orang lain secara menipu atau berjanji palsu dengan niat untuk memperdaya,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, penganjur skim berkenaan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM30,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

“SSM akan mengambil segala langkah untuk membanteras penawaran skim termasuk tindakan penguatkuasaan ke atas penganjur skim tersebut,” menurut kenyataan itu.

SSM menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati sebelum menyertai sebarang skim pelaburan dan memastikan bahawa syarikat yang menawarkan skim pelaburan seumpama itu mendapat kelulusan SSM.

“Orang ramai diminta menghubungi Seksyen Aduan SSM di talian 03-22995477/ 5450/5451 sekiranya mempunyai maklumat mengenai skim-skim penipuan yang lain,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Mustapa malu isu pembiayaan PKS tidak selesai
Source Utusan Online

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini melahirkan rasa malu apabila isu kesukaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat pembiayaan masih lagi tidak selesai.

Katanya, beliau akan berjumpa secara peribadi dengan pengurusan tertinggi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk berbincang mengenai isu tersebut.

“Saya akan membawa isu ini (pembiayaan) untuk dibincangkan supaya dapat memahami situasi sebenar, mengenal pasti kenapa masalah itu masih wujud dan mencari penyelesaian bagi mengurangkan masalah ini.

“Kami tahu banyak usaha telah dilakukan sejak beberapa tahun ini dalam mendapatkan pembiayaan tetapi ia masih merupakan isu yang sentiasa dipersoalkan sehingga ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Dialog dan Seminar Pelaburan Domestik Kebangsaan anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan SME Corporation, di sini hari ini.

Mustapa berkata, kegagalan mendapat pembiayaan daripada SME Bank pernah diutarakan dan seharusnya ditangani secara serius supaya tidak menjejaskan usaha kerajaan untuk merangsangkan pelaburan domestik.

“Saya berasa agak malu dengan isu ini, kerana di mana saya pergi, saya selalu menerima masalah yang sama. Ia juga diutarakan ketika mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri minggu lalu,” katanya.

Beliau menyatakan demikian mengulas ketika ditanya mengapa proses kelulusan pembiayaan yang lama dan kekurangan pekerja mahir dalam SME Bank untuk menilai semula permohonan pembiayaan.

Sementara itu, Mustapa berkata, perbincangan khas dengan BNM juga akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi menangani masalah pembiayaan, yang dihadapi PKS.

Menurut beliau, kementeriannya dan BNM selalu membuat perbincangan tetap berhubung punca masalah yang dihadapi PKS.

Ok, bagi PKS yang bermasalah untuk apply loan Call Saya Zamer 012 6939868. Kita tengok setakat mana saya boleh bantu anda. InysaAllah…

KPT laksana Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT
KOTA BHARU: Kementerian Pengajian Tinggi akan melaksanakan Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bertujuan menggalakkan pembangunan keusahawanan yang holistik di kalangan IPT tempatan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata dasar itu mengandungi enam teras strategik bagi menjayakan matlamat itu.

Enam teras itu ialah:

* penubuhan pusat keusahawanan di semua IPT

* penyediaan pendidikan dan program keusahawanan terancang dan holistik

* pemantapan program pembangunan dan pengukuhan keusahawanan

* pengwujudan mekanisme pengukuran yang berkesan

* penyediaan persekitaran dan ekosistem yang kondusif

* peningkatan kompetensi tenaga pengajar keusahawanan.

MyCoID kurangkan masa mula perniagaan kepada 3 hari
Source Utusan Online

11/02/2010 7:44pm

PUTRAJAYA 11 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif Nombor Identiti Korporat Malaysia atau MyCoID akan memainkan peranan utama ke arah mengurangkan masa untuk memulakan perniagaan berdasarkan piawaian Bank Dunia daripada 11 hari kepada tiga hari.

Perdana Menteri berkata, inisiatif itu merupakan satu lagi langkah ke hadapan yang pasti akan menaikkan lagi kedudukan Malaysia dalam World Competitive Report.

“Sebab salah satu daripada kategorinya ialah untuk memudahkan urus niaga, melibatkan selama mana masa yang diperlukan untuk memulakan sesebuah perniagaan.

“Jadi, dengan pintu masuk yang akan kita wujudkan yang akan memakan masa kira-kira enam bulan, dan peruntukan tambahan telah diumumkan bererti bahawa menjelang akhir tahun ini, kita akan dapat mencapai piawaian memulakan perniagaan dalam masa tiga hari,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan MyCoID, 1 Identiti Korporat, di sini hari ini.

MyCoID merujuk kepada nombor syarikat yang akan digunakan sebagai satu siri nombor rujukan tunggal untuk kegunaan pelbagai urusan pendaftaran dan urusan dengan agensi kerajaan yang berkaitan. – Bernama

Siswah Pasar Tani
Source Kosmo! Online

ADA pendapat menyatakan menggenggam segulung ijazah belum tentu menjamin peluang pekerjaan kepada seseorang kelak.

Berbalik kepada realiti yang berlaku hari ini, ternyata pendapat itu ada kebenarannya kerana lambakan graduan yang dihasilkan setiap tahun daripada pelbagai universiti menyebabkan persaingan mendapatkan pekerjaan menjadi semakin sengit dan mencabar.

Justeru, bidang ilmu keusahawanan merupakan alternatif terbaik kepada golongan ini untuk mempersiapkan diri sekiranya tidak mendapat pekerjaan yang diimpikan.

Bagi mereka yang sudah bekerjaya pula, ia boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.

Melihat kepada permasalahan yang berlaku, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bekerjasama dalam pelaksanaan sebuah program yang dikenali sebagai Pasar Tani Siswazah.

Bertujuan untuk melahirkan lebih ramai graduan menceburi bidang perniagaan pada masa hadapan, pasar tani ini telah memulakan operasinya yang pertama pada 31 Januari yang lalu di Taman Bullion Mewah, Batu Muda, Selayang.

Seramai 42 pelajar dan graduan daripada beberapa universiti tempatan seperti UniKL, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dipilih untuk menyertai program itu dengan menjual pelbagai produk seperti makanan dan berasaskan industri kecil dan sederhana tempatan.

Ubah persepsi

NIK MOHD. FAIZAL (kiri) sibuk melayan pelanggan di gerainya.

Pengarah Kanan (Pembangunan Usahawan) FAMA, Abd. Wahid Mat Radzi berkata, pelaksanaan Pasar Tani Siswazah yang julung-julung kali diadakan di negara ini bertujuan mengubah persepsi pelajar dan graduan dalam bidang perniagaan.

“Selama ini mungkin ramai yang menganggap berniaga di pasar tani sebagai pekerjaan kelas kedua, sedangkan hakikatnya ia mampu menjanjikan pendapatan yang lumayan dan tidak terhad jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

“Pada masa yang sama, mereka akan lebih berdikari dan mampu mencari pendapatan sendiri tanpa bergantung kepada corak ‘makan gaji’ semata-mata selepas menamatkan pengajian. Dengan ilmu yang telah dipelajari, mereka boleh mempraktikkannya untuk menghasilkan produk-produk baru yang sesuai atau mengembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Tambah Abd. Wahid, konsep sedemikian akan diperluaskan di seluruh negara pada masa hadapan dengan tumpuannya di kawasan yang berdekatan dengan universiti atau kolej.

“Perniagaan ini tidak memerlukan modal yang tinggi kerana caj yang dikenakan hanyalah RM580 untuk peralatan seperti kanopi, alas meja, apron, topi dan baju T serta RM7 untuk caj tapak perniagaan.

“Konsep yang diperkenalkan di pasar tani ini ialah 50-50, iaitu gabungan antara golongan siswazah bersama-sama peniaga biasa yang mempunyai pengalaman berniaga di pasar-pasar tani lain sebelum ini,” ujarnya.

Abd. Wahid menjelaskan, pelajar yang terpilih menyertai program itu perlu menjalani kursus sehari yang disediakan FAMA berhubung etika dan tatacara perniagaan yang betul.

“Jika mereka menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi, dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi kita akan hantar mereka menjalani kursus tahap kedua yang akan diadakan di Institut Latihan FAMA di Port Dickson. Mereka akan diberi mentor iaitu para usahawan pasar tani yang telah berjaya bagi mempelajari tip-tip dan panduan menguruskan perniagaan.

“Malah FAMA juga akan membantu mereka untuk mencari modal dan mengembangkan perniagaan sehingga ke tahap yang lebih tinggi seperti konsep karavan atau pasar mini pada masa hadapan,” katanya.

Katanya, daripada 17,250 peserta pasar tani di seluruh negara, seramai 2,000 daripadanya merupakan graduan yang menjalankan perniagaan secara tetap dan sampingan.

“Pada tahun ini, kita menyasarkan seramai 250 graduan dapat dilahirkan melalui konsep yang dilaksanakan,” katanya.

Peluang berniaga

Sementara itu, seorang pemegang ijazah sarjana muda kejuruteraan rangkaian UniKL, Khairiah Othman, 27, berkata beliau berbangga kerana mendapat peluang berniaga sekali gus meluaskan pengalaman dalam bidang berkenaan.

Beliau yang berniaga bersama abangnya, Zulhelmi Othman, 32, memilih untuk berniaga sayur-sayuran yang ditanam di kawasan seluas 0.98 hektar di kawasan rumahnya di Kampung Lonek, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

“Produk-produk seperti cili api, serai, daun kunyit, pucuk paku ini mempunyai permintaan pasaran yang tinggi di kalangan warga kota.

“Walaupun agak penat kerana terpaksa bangun seawal 2 pagi untuk menyiapkan bahan-bahan perniagaan dan berulang alik ke sini, namun ia hilang selepas melihat hasil jualan yang agak memberangsangkan,” katanya yang sudah bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat telekomunikasi tempatan.

KHAIRIAH memastikan tanda harga sayur-sayuran dijualnya diletakkan dengan betul bagi memudahkan pelanggan.

Ujarnya, konsep yang dilaksanakan itu agak menarik kerana kesemua mereka berpeluang berniaga bersama-sama peserta lain yang telah lama berniaga di pasar tani sebelum ini.

“Setidak-tidaknya kami boleh mendapat tunjuk ajar dan nasihat daripada mereka bagaimana kaedah untuk berniaga dengan baik di samping cara terbaik memenangi hati pelanggan,” katanya.

Menyahut cabaran

Sementara itu, Nik Mohd. Faizal Nik Mamat, 24, dan rakannya, Mohamad Hadi Zainal, 23, menyahut cabaran berniaga di situ walaupun timbul perasaan gementar pada mulanya kerana kekurangan pengalaman.

Sebagai permulaan, kedua-duanya memilih perniagaan air soya dan taufu fa yang dilihat mempunyai penggemarnya tersendiri tanpa mengira kaum dan usia.

“Buat masa ini, bahan-bahan jualan, kami dapatkan daripada peniaga soya di sekitar Batu Caves. Pada masa akan datang, kami bertekad untuk mempelajari dan membuatnya sendiri kerana cara itu lebih menguntungkan,” kata Nik Mohd. Faizal pelajar tahun dua ijazah sarjana muda kejuruteraan rekaan produk itu.

Jelasnya, perniagaan yang dijalankan tidak mengganggu tumpuannya terhadap pengajian kerana ia dilakukan pada hujung minggu di samping mendapat restu keluarga.

“Pada mulanya, ramai yang tidak percaya akan hasrat saya untuk berniaga di pasar tani malah, tidak kurang yang beranggapan usaha tersebut tidak akan ke mana-mana.

“Namun syukurlah, walaupun baru dua minggu berniaga, namun ia sudah menampakkan hasil. Ternyata pengalaman saya bekerja di sebuah pasar raya dan kedai serbaneka suatu ketika dahulu banyak membantu dalam berinteraksi dengan pelanggan,” ujarnya.

Kata Nik Mohd. Faizal lagi, apa yang penting ramai antara rakan-rakan serumahnya yang turut mula menunjukkan minat untuk menceburi perniagaan ini pada masa akan datang.

“Keuntungan yang diperoleh digunakan untuk menampung perbelanjaan harian dan membayar sewa rumah lantas kami tidak terlalu berharap dengan wang pinjaman atau bantuan keluarga semata-mata,” ujarnya.

Pelajar tahun dua ijazah sarjana muda kejuruteraan pembuatan UIAM, Wardatul Fatin Mohd. Noor, 22, pula memberitahu walaupun mempunyai pengalaman berniaga di tapak pesta konvokesyen sebelum ini, namun ia agak berbeza berbanding di pasar tani.

“Dulu selalunya pelanggan saya merupakan pelajar universiti sahaja, tetapi di sini saya bertemu dengan pelanggan daripada pelbagai lapisan usia.

“Selain kena pandai berhadapan dengan kerenah pelanggan, saya juga perlu mengetahui selok-belok perniagaan seperti teknik menguruskan akaun, promosi dan sebagainya iaitu pengalaman yang tidak boleh diperoleh dalam bilik kuliah semata-mata,” katanya.

Geran khas untuk pusat pendidikan pra sekolah
Source BH Online

KODIANG: Kerajaan akan melancarkan geran khas selain bantuan latihan guru kepada pihak yang berhasrat membuka pusat pendidikan pra sekolah di negara ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia sebagai galakan menambah lebih banyak pusat pra sekolah di negara demi kemudahan rakyat.

“Butiran geran itu akan diumumkan kelak,” katanya ketika berucap pada majlis pertemuan bersama warga pendidik daerah Kubang Pasu di SMK Tengku Bendahara, di sini.

Berita baik ini memang amat ditunggu-tunggu. Perniagaan bisnes tadika ini adalah salah satu cara untuk menjana pendapatan. Penulis juga bercita-cita untuk membuka sebuah pusat pra sekolah seperti ini.

Apa pun janacash akan berkongsi maklumat tentang perniagaan tadika ini. Anda boleh download Panduan Asas Bisnes Tadika di sini.

Semoga dengan panduan ini memberi manfaat kepada pembaca semua.

Penjaja pasar malam: Daftar dengan SSM untuk dapat pinjaman
Sourece Utusan Online

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Peniaga kecil terutama penjaja pasar malam atau tempat-tempat terbuka perlu mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memudahkan mereka mendapat pinjaman, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, masih ramai di kalangan peniaga-peniaga kategori tersebut yang tidak mendaftarkan perniagaan dengan SSM atas alasan mempunyai lesen atau permit daripada pihak berkuasa tempatan.

Katanya, peniaga-peniaga tersebut mengalami kesukaran mendapatkan pinjaman kerana bank dan institusi kewangan memerlukan sijil pendaftaran perniagaan daripada mereka.

“Oleh itu, sukar bagi mereka untuk mendapatkan pinjaman bagi meluaskan perniagaan mereka dan sebagainya kerana mereka tidak mempunyai lesen perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas menutup program “Outreach SSM-UniKL: Perniagaan Anda Bermula” di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, tidak ada sebab untuk peniaga kecil memberi alasan untuk tidak mendaftarkan perniagaan mereka kerana pihak SSM telah pun mempermudahkan hal tersebut. – Bernama

Pasar tani siswazah pertama Malaysia dilancar di Gombak Ahad
28/01/2010 4:09pm

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Pasar Tani Siswazah akan dilancar buat pertama kali di Taman Bullion Mewah, Batu Muda, Gombak Ahad ini dalam usaha menggalakkan para siswazah terlibat dalam bidang keusahawanan.

“Pasar Tani Siswazah ini juga akan bertindak sebagai pusat latihan tidak formal dalam usaha institusi pengajian tinggi menggalakkan para siswazah mereka menceburi bidang perniagaan dan perusahaan asas tani untuk mengelakkan kebergantungan terhadap pasaran kerja di sektor kerajaan atau swasta,” menurut kenyataan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini.

Katanya, pasar tani itu akan dibuka pada setiap Ahad mulai 7 pagi hingga 12 tengah hari di kawasan berhadapan Sekolah Kebangsaan Seri Nilam.

Untuk permulaaan, pasar tani itu melibatkan 42 orang siswazah yang terdiri dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), selain 41 orang usahawan setempat, menurut FAMA.

FAMA berkata, pasar tani yang dikelolakannya dengan kerjasama UniKL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Badan Kebajikan UMNO Bahagian Batu itu akan dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. – Bernama

SC lantik pentadbir urus pengembalian wang pelabur Swisscash
Source Berita Harian Online

SURUHANJAYA Sekuriti (SC) semalam melantik PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd sebagai pentadbir untuk menguruskan proses pengembalian kepada pelabur yang layak dalam skim penipuan pelaburan internet Swisscash.

Pentadbir itu, dalam minggu ini, akan mengeluarkan notis meminta mereka yang ingin membuat tuntutan supaya mengemukakan tuntutan masing-masing serta memberikan format terperinci dan maklumat mengenai dokumen sokongan yang diperlukan.

SC dalam satu kenyataan semalam, berkata notis berkenaan akan dipaparkan di laman web pentadbir serta dalam akhbar Berita Harian, Malaysia Nanban, New Straits Times, The Borneo Post, The Star, Sin Chew Daily dan Utusan Malaysia.

Sebaik saja notis umum itu dikeluarkan oleh pentadbir, semua komunikasi berhubung dengan proses pengembalian itu mestilah dibuat terus kepada pentadbir dan bukan kepada SC, tambahnya.

SC berkata, pentadbir akan menilai serta menyemak tuntutan yang diterima dan seterusnya akan membuat cadangan kepada suruhanjaya itu mengenai kriteria kelayakan yang sepatutnya bagi pembayaran.

SC kemudian akan mengemukakan kriteria berkenaan kepada Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan kelulusan, katanya.

i-City jadi tapak kampus keusahawanan
Source Utusan Online

KUALA LUMPUR 24 Jan. – i-City bernilai RM2 bilion yang dibangunkan di Shah Alam oleh I-Berhad, bakal menempatkan sebuah kampus keusahawanan dalam usaha menjadikan Selangor sebuah negeri yang berasaskan pengetahuan.

”Difahamkan perkara itu sedang dipertimbangkan dengan serius oleh kerajaan negeri berkenaan,” kata I-Berhad dalam satu kenyataannya di sini.

Kampus itu dijangka memberikan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan ketika ini termasuk panel penasihat dan bantuan pelaburan modal, mereka bentuk struktur organisasi, menjalankan operasi pemasaran.

Ia juga menyediakan rangkaian pengurusan yang memerlukan satu kumpulan usahawan kreatif terutamanya mereka yang pakar dalam industri teknologi.

Kerajaan Negeri Selangor dalam kenyataannya di sini pula berkata, pihaknya sedia menyegerakan bantuan berbentuk dana pelaburan, termasuk melibatkan universiti-universiti sebagai sumber inovasi di samping menjalin hubungan dengan pusat-pusat tekno usahawan yang tertumpu pada kepakaran masing-masing dalam industri lebih khusus.

”i-City mempunyai kemudahan dan prasarana yang canggih, selain sudah mendapat taraf koridor raya multimedia (MSC) yang membolehkan syarikat-syarikat di situ menikmati pelbagai faedah yang dilindungi oleh Jaminan Bil MSC.

”Bagi memastikan usaha kita berjaya dilaksanakan, Kerajaan Negeri sedang berusaha membawa ke Shah Alam Plug and Play dan Play Tech Centre Lembah Silicon California yang terkenal mempunyai rekod cemerlang dalam pembentukan komuniti keusahawanan. Oleh itu ia boleh dijadikan contoh dan acuan semasa pembentukan kampus keusahawanan di Shah Alam kelak,” kata kenyataan itu.

Pengerusi Timbalan Eksekutifnya, Datuk Lim Kim Hong ketika mengulas perkembangan itu memberitahu Utusan Malaysia, kampus usahawan adalah sebahagian usaha kerajaan Selangor untuk menjadikan negeri yang berasaskan pengetahuan ekonomi dan i-City dikenal pasti sesuai sebagai pusat ilmu Shah Alam.

Menurutnya, buat masa ini, tumpuan i-City adalah terhadap penubuhan syarikat-syarikat berpengetahuan dan kampus itu memberikan i-City satu peluang untuk mereka.

“i-City mempunyai infrastruktur dan kemudahan untuk menyokong tekno usahawan, oleh itu sebarang pelaburan untuk kampus ini adalah dalam tempoh percubaan bagi mereka berbanding aspek-aspek hartanah.

“Dari perspektif i-City, kampus ini akan membantu merangsangkan permintaan untuk ruang pejabat daripada pusat-pusat sokongan perniagaan seperti syarikat perakaunan, guaman dan setiausaha yang diperlukan untuk menyokong usahawan,” kata beliau.

Tambahnya, I-Berhad menjangka tekno usahawan akan mengambil ruang di i-City apabila perniagaan mereka dikembangkan lagi.