Feb 6

Source BH Online

KODIANG: Kerajaan akan melancarkan geran khas selain bantuan latihan guru kepada pihak yang berhasrat membuka pusat pendidikan pra sekolah di negara ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia sebagai galakan menambah lebih banyak pusat pra sekolah di negara demi kemudahan rakyat.

“Butiran geran itu akan diumumkan kelak,” katanya ketika berucap pada majlis pertemuan bersama warga pendidik daerah Kubang Pasu di SMK Tengku Bendahara, di sini.

Berita baik ini memang amat ditunggu-tunggu. Perniagaan bisnes tadika ini adalah salah satu cara untuk menjana pendapatan. Penulis juga bercita-cita untuk membuka sebuah pusat pra sekolah seperti ini.

Apa pun janacash akan berkongsi maklumat tentang perniagaan tadika ini. Anda boleh download Panduan Asas Bisnes Tadika di sini.

Semoga dengan panduan ini memberi manfaat kepada pembaca semua.

Jan 29

Sourece Utusan Online

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Peniaga kecil terutama penjaja pasar malam atau tempat-tempat terbuka perlu mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memudahkan mereka mendapat pinjaman, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, masih ramai di kalangan peniaga-peniaga kategori tersebut yang tidak mendaftarkan perniagaan dengan SSM atas alasan mempunyai lesen atau permit daripada pihak berkuasa tempatan.

Katanya, peniaga-peniaga tersebut mengalami kesukaran mendapatkan pinjaman kerana bank dan institusi kewangan memerlukan sijil pendaftaran perniagaan daripada mereka.

“Oleh itu, sukar bagi mereka untuk mendapatkan pinjaman bagi meluaskan perniagaan mereka dan sebagainya kerana mereka tidak mempunyai lesen perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas menutup program “Outreach SSM-UniKL: Perniagaan Anda Bermula” di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, tidak ada sebab untuk peniaga kecil memberi alasan untuk tidak mendaftarkan perniagaan mereka kerana pihak SSM telah pun mempermudahkan hal tersebut. – Bernama

Jan 28

28/01/2010 4:09pm

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Pasar Tani Siswazah akan dilancar buat pertama kali di Taman Bullion Mewah, Batu Muda, Gombak Ahad ini dalam usaha menggalakkan para siswazah terlibat dalam bidang keusahawanan.

“Pasar Tani Siswazah ini juga akan bertindak sebagai pusat latihan tidak formal dalam usaha institusi pengajian tinggi menggalakkan para siswazah mereka menceburi bidang perniagaan dan perusahaan asas tani untuk mengelakkan kebergantungan terhadap pasaran kerja di sektor kerajaan atau swasta,” menurut kenyataan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini.

Katanya, pasar tani itu akan dibuka pada setiap Ahad mulai 7 pagi hingga 12 tengah hari di kawasan berhadapan Sekolah Kebangsaan Seri Nilam.

BannerFans.com

Untuk permulaaan, pasar tani itu melibatkan 42 orang siswazah yang terdiri dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), selain 41 orang usahawan setempat, menurut FAMA.

FAMA berkata, pasar tani yang dikelolakannya dengan kerjasama UniKL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Badan Kebajikan UMNO Bahagian Batu itu akan dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. – Bernama

Jan 26

Source Berita Harian Online

SURUHANJAYA Sekuriti (SC) semalam melantik PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd sebagai pentadbir untuk menguruskan proses pengembalian kepada pelabur yang layak dalam skim penipuan pelaburan internet Swisscash.

Pentadbir itu, dalam minggu ini, akan mengeluarkan notis meminta mereka yang ingin membuat tuntutan supaya mengemukakan tuntutan masing-masing serta memberikan format terperinci dan maklumat mengenai dokumen sokongan yang diperlukan.

SC dalam satu kenyataan semalam, berkata notis berkenaan akan dipaparkan di laman web pentadbir serta dalam akhbar Berita Harian, Malaysia Nanban, New Straits Times, The Borneo Post, The Star, Sin Chew Daily dan Utusan Malaysia.

Sebaik saja notis umum itu dikeluarkan oleh pentadbir, semua komunikasi berhubung dengan proses pengembalian itu mestilah dibuat terus kepada pentadbir dan bukan kepada SC, tambahnya.

SC berkata, pentadbir akan menilai serta menyemak tuntutan yang diterima dan seterusnya akan membuat cadangan kepada suruhanjaya itu mengenai kriteria kelayakan yang sepatutnya bagi pembayaran.

SC kemudian akan mengemukakan kriteria berkenaan kepada Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan kelulusan, katanya.

Jan 25

Source Utusan Online

KUALA LUMPUR 24 Jan. – i-City bernilai RM2 bilion yang dibangunkan di Shah Alam oleh I-Berhad, bakal menempatkan sebuah kampus keusahawanan dalam usaha menjadikan Selangor sebuah negeri yang berasaskan pengetahuan.

”Difahamkan perkara itu sedang dipertimbangkan dengan serius oleh kerajaan negeri berkenaan,” kata I-Berhad dalam satu kenyataannya di sini.

Kampus itu dijangka memberikan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan ketika ini termasuk panel penasihat dan bantuan pelaburan modal, mereka bentuk struktur organisasi, menjalankan operasi pemasaran.

Ia juga menyediakan rangkaian pengurusan yang memerlukan satu kumpulan usahawan kreatif terutamanya mereka yang pakar dalam industri teknologi.

Kerajaan Negeri Selangor dalam kenyataannya di sini pula berkata, pihaknya sedia menyegerakan bantuan berbentuk dana pelaburan, termasuk melibatkan universiti-universiti sebagai sumber inovasi di samping menjalin hubungan dengan pusat-pusat tekno usahawan yang tertumpu pada kepakaran masing-masing dalam industri lebih khusus.

”i-City mempunyai kemudahan dan prasarana yang canggih, selain sudah mendapat taraf koridor raya multimedia (MSC) yang membolehkan syarikat-syarikat di situ menikmati pelbagai faedah yang dilindungi oleh Jaminan Bil MSC.

”Bagi memastikan usaha kita berjaya dilaksanakan, Kerajaan Negeri sedang berusaha membawa ke Shah Alam Plug and Play dan Play Tech Centre Lembah Silicon California yang terkenal mempunyai rekod cemerlang dalam pembentukan komuniti keusahawanan. Oleh itu ia boleh dijadikan contoh dan acuan semasa pembentukan kampus keusahawanan di Shah Alam kelak,” kata kenyataan itu.

Pengerusi Timbalan Eksekutifnya, Datuk Lim Kim Hong ketika mengulas perkembangan itu memberitahu Utusan Malaysia, kampus usahawan adalah sebahagian usaha kerajaan Selangor untuk menjadikan negeri yang berasaskan pengetahuan ekonomi dan i-City dikenal pasti sesuai sebagai pusat ilmu Shah Alam.

Menurutnya, buat masa ini, tumpuan i-City adalah terhadap penubuhan syarikat-syarikat berpengetahuan dan kampus itu memberikan i-City satu peluang untuk mereka.

“i-City mempunyai infrastruktur dan kemudahan untuk menyokong tekno usahawan, oleh itu sebarang pelaburan untuk kampus ini adalah dalam tempoh percubaan bagi mereka berbanding aspek-aspek hartanah.

“Dari perspektif i-City, kampus ini akan membantu merangsangkan permintaan untuk ruang pejabat daripada pusat-pusat sokongan perniagaan seperti syarikat perakaunan, guaman dan setiausaha yang diperlukan untuk menyokong usahawan,” kata beliau.

Tambahnya, I-Berhad menjangka tekno usahawan akan mengambil ruang di i-City apabila perniagaan mereka dikembangkan lagi.

« Previous Entries Next Entries »