Jan 19

Rancangan Perniagaan ini disediakan untuk mendapatkan pembiayaan kewangan daripada AGROBANK bagi mengembangkan perniagaan waffled di bawah syarikat saya Waffle Enterprise di Meru, Klang, Selangor Darul Ehsan.

Pada masa ini syarikat telah pun menjalankan aktiviti perniagaan seperti menjual waffle di pasar-pasar malam di sekitar Klang.

Setelah hampir empat tahun terlibat didalam industri makanan ringan ini, jualan kepada pelanggan semakin hari semakin meningkat. Selaras dengan perkembangan ini, saya mengambil keputusan untuk membuka lebih banyak gerai waffle. Syarikat bercadang untuk membuka 5 buah gerai serentak setiap hari di pasar-pasar malam di sekitar Klang dan Shah Alam.

Kos keseluruhan untuk menambah bilangan gerai ini adalah RM 31,150.00. RM 11,150.00 adalah daripada modal sendiri. Manakala kos pembelian kelengkapan memasak waffle ialah RM 20,000.00.

Pembelian kelengkapan memasak ini amat perlu untuk mencapai matlamat syarikat iaitu untuk membuka 5 gerai serentak. Sasaran jualan adalah untuk mencapai jualam RM 1,000.00 sehari dari kelima-lima tapak pasar malam tersebut. Pada masa kini Syarikat hanya mendapat jualan purata RM 200.00 sehari di satu tapak pasar malam sahaja.

Saya berharap dengan bantuan AGROBANK ini akan dapat merealisasikan rancangan perniagaan saya dan seterusnya dapat mengembangkan potensinya bagi memajukan dan meningkatkan lagi ekonomi Bumiputera dalam bidang industri makanan ringan khasnya.

Quotes diatas adalah sebahagian isi kandungan Kertas Kerja Peniagaan Waffle. Ingin mendapatkan kertas kerja ini sila klik sini.
Photobucket
Antara Isi Kandungan Kertas Kerja Seperti di bawah:

1. Ringkasan Eksekutif

2. Pendahuluan

-Tujuan Penyediaan Rancangan Perniagaan

– Cadangan Struktur pembiayaan

3. LatarBelakang Pemohon

4.Profil Projek

– Laporan kemajuan perniagaan

– Projek Dicadangkan

5. Aspek Pentadbiran dan Pengurusan

– Aktiviti Operasi Perniagaan

6. Aspek Pemasaran

7. Aspek Kewangan

Dapatkan di sini.